Persatuan Pelindung Ikan Yu Sabah

Persatuan Pelindung Ikan Yu Sabah

Serangan manusia terhadap ikan yu semakin mendadak… Di seluruh dunia, 100 juta ekor yu dibunuh setiap tahun. Kita sedang membasmi ikan yu dari bumi ini. Di Sabah, bilangan yu mengalami penurunan yang dramatik.

Krisis sebegini memberi laungan bantuan serta merta demi melindungi populasi yu. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu menangani salah satu amalan budaya di muka bumi ini…

…iaitu pengunaan produk ikan yu!

Apabila kita tidak lagi menghidangkannya,
maka pembunuhan ikan yu juga akan dihentikan.

Persatuan Perlindungan Yu Sabah atau Sabah Shark Protection Association telah ditubuhkan pada tahun 2015 untuk melindungi spesis yu terakhir di perairan Sabah.

Sebagai tanda sokongan, orang ramai boleh membuat ikrar berhenti memakan sirip ikan Yu dan mengguna produk ikan Yu.

Misi kami adalah untuk memupuk kesedaran betapa pentingnya ikan Yu dan ikan pari bagi Sabah. Dan kami berharap spesis ini habitat mereka akan mendapat perlindungan terutamanya dengan adanya undang-undang.

SSPA melindungi ikan yu dan ikan pari yang semakin terancam melalui tiga usaha:
1) perlindungan habitat dengan adanya Kawasan Perlindungan Marin yang baru atau sedia ada

2) mengukuhan penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran

3) sentiasa memupuk kesedaran di kalangan pengguna dan peniaga